Malaysia,
walaupun kelihatan aman dan damai tetapi Negara yang kita yang sedang membangun
ini, sedang menempuh fasa masalah dan gelaja sosial yang melampau. Media antaranya salah satu faktor yang banyak
menyebabkan gejala ini belaku. Malahan, media juga telah menyebabkan banyak
kes-kes perpecahan kaum.
Sedang
asyik aku melayari alam maya, aku tertarik dengan sebuah artikel yang disiarkan
melalui sebuah blog yang diberi nama suaramurba.blogspot.com
yang dimiliki oleh Dr. Rahmat Ghazali, seorang pensyarah di Universiti
Teknologi MARA (UiTM).
Penulisan
beliau menerangkan tentang konsep Balkanisasi siber yang memberi gangguan
kepada semangat 1 Malaysia. Menurut
penulis, Konsep Balkanisasi media atau yang pertama kalinya diperkenalkan oleh
Cass Sunstein (2002) sebagai ‘balkanisasi siber’ memaparkan suatu analogi
terhadap gejala media yang menjadikan khalayak terpisah, membentuk koloni
masing-masing dan ganas pada kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka.
Jika
dilihat pada mata kasar, konsep bakalnisasi siber ini, kini semakin menular
dikalangan masyarakat kita di Malaysia. Pelbagai faktor yang menyebabkan ianya
berlaku. Antaranya ialah politik. Media
dan politik sememangnya satu perkara yang tidak dapat dipisahkan. Kesan
daripada balkanisasi siber ini dapat dilihat pada masyarakat kita hari ini.
Media,
sama ada media cetak ataupun media elektronik kini menjadi perhatian pelbagai
pihak. Bagi media cetak, akhbar bersifat “provokatif” sepertu Harakah, Suara
Keadilan, Siasah, Buletin Rakyat dan banyak lagi tabloid lain, kini berada
dipasaran tanpa sekatan. Akhbar-akhbar seperti ini berupaya untuk menjatuhkan
dan merenggangkan hubungan antara kaum. Contohnya, mereka yang membaca akhbar
seperti ini cenderung untuk mempercayai apa yang ditulis tanpa membuat siasatan
terlebih dahulu.
Media
elektronik seperti blog, facebook, twitter juga menjadi salah satu pemangkin
kepada perpecahan kaum dinegara kita. Pelbagai jenis laman web dapat diakses
oleh pengguna. Melalui laman web ini, pengguna mendapat maklumat yang tidak
sahih dan kadang kala telah ditokok tambah oleh sesetengah pihak yang tudak
bertanggungjawan. Menurut Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998, telah membawa kepada banyak kesan negatif
terhadap keharmonian sosial di negara ini. Malah peruntukan kebebasan tersebut
telah diulang melalui Bil Jaminan Koridor Raya Multimedia.
Walaupun
pada mata kasar kita mengetahui bahawa media elektronik ini merupakan satu
bentuk percambahan maklumat alaf baru dan dapat menyumbang kepada pembangunan
intelek masyarakat, tetapi kita harus ingat yang ianya lebih membawa kepada
kemudaratan berbanding kebaikkan. Adakah kita ingin kejadian perpecahan antara kaum seperti Tragedi 13 Mei berulang kembali?
Balkanisasi
siber ini telah menjadi satu kudis dalam keharmonian Negara kita dan ini telah
mengganggu usaha kerajaan dalam membentuk negara yang harmoni dan maju. Kenapa
hal ini berlaku? Ini kerana kita lebih cenderung mempercayai apa yang ditulis
dari mencari bukti yang sahih tentang perkara yang ingin kita ketahui.
Salah satu cubaan memecahbelahkan rakyat |
Perlu
diingati, jika kita memperolehi sesuatu maklumat, sebelum disebarkan kita perlu
mengetahui sumber tersebut dan mengenalpasti sama ada sumber tersebut boleh
dipercayai atau tidak.
Sayangi Kemerdekaan negara kita & jangan biar tanah air kita dirampas semula akibat dari perpecahan kaum yang melanda.
http://youtu.be/xV8ZRSq94_U
Sayangi Kemerdekaan negara kita & jangan biar tanah air kita dirampas semula akibat dari perpecahan kaum yang melanda.
http://youtu.be/xV8ZRSq94_U
Sekian
sahaja entri kali ini. Sehingga bertemu lagi.
Mira.
No comments:
Post a Comment